Karier kelab Roberto_Firmino

Awal karier

Dilahirkan di Maceió, Alagoas, Firmino menyertai pasukan belia Figueirense pada tahun 2008, ketika berumur 17 tahun selepas bermain untuk CRB.[2] Bakatnya telah ditemui oleh seorang doktor gigi, Marcellus Portella.[3] Dia kebanyakkannya digunakan sebagai pemain tengah bertahan.[4]

Firmino membuat penampilan sulung profesional pada 24 Oktober 2009, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Toninho ketika kekalahan 1–2 di tempat sendiri kepada Ponte Preta dalam Série B.[5] Pada bulan Januari 2010, dia dinaikkan ke pasukan utama.

Firmino menjaringkan gol profesional pertamanya pada 8 Mei 2010, menjaringkan gol kemenangan di tempat lawan menentang São Caetano.[6] Dia menjaringkan lapan gol dalam 36 penampilan pada musim itu dan Figueira kembali ke Série A selepas dua tahun.

Hoffenheim

Firmino bermain untuk 1899 Hoffenheim pada tahun 2014.

Firmino menyertai Hoffenheim pada bulan Disember 2010, dengan kontrak berkekalan sehingga bulan Jun 2015.[7] Dia tiba secara rasmi di Hoffenheim pada 1 Januari 2011.[8] Pengurus Hoffenheim pada ketika itu, Ernst Tanner memberi komen mengatakan mereka "gembira untuk mendapatkan bakat Brazil".[9] Dia membuat penampilan sulungnya sebulan kemudian ketika kekalahan dalam Bundesliga kepada Mainz, dimana dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-75 menggantikan Sebastian Rudy.[1] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 16 April, menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt.[10]

Dia digugurkan daripada skuad utama bersama Chinedu Obasi pada akhir bulan November 2011 kerana tiba lewat untuk latihan menyebabkan dia terlepas perlawanan liga menentang Bayer Leverkusen.[11] Dia kemudiannya menjaringkan dua lagi gol pada musim itu, ketika menentang Wolfsburg dan Borussia Mönchengladbach.[1] Dalam musim 2012–13, Firmino membuat 36 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.[1]

Kapten pasukan Andreas Beck memuji pembangunan Firmino sebagai "luar biasa".[12] Pada 27 Mac 2014, Firmino menyambung kontraknya bersama kelab itu, menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun.[13] Dia mengakhiri musim 2013-14 sebagai penjaring keempat terbanyak dengan 16 gol,[14].[15]

Liverpool

Pada 23 Jun 2015, semasa bermain untuk Brazil dalam Copa América, Hoffenheim dan Firmino bersetuju dengan terma untuknya berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dengan yuran £29 juta.[16] Liverpool mengesahkan perpindahan itu pada hari berikutnya.[17] Perjanjian itu telah dimuktamadkan pada 4 Julai 2015.[18]

Rujukan

WikiPedia: Roberto_Firmino http://www.foxsports.com.au/football/brazil-v-vene... http://zh.clicrbs.com.br/rs/esportes/noticia/2009/... http://esportes.estadao.com.br/noticias/futebol,ho... http://espn.uol.com.br/noticia/119888_figueirense-... http://www.bbc.com/sport/0/football/30107820 http://www.bbc.com/sport/live/football/32036796 http://www.bundesliga.com/en/stats/player-stats/?l... http://www.espnfc.com/copa-america/story/2445502/2... http://globoesporte.globo.com/al/noticia/2015/06/p... http://globoesporte.globo.com/futebol/selecao-bras...